PETALING JAYA – Tangisan kanak-kanak dan jeritan ‘panas gila’ mencetuskan suasana cemas apabila lebih 20 individu dipercayai terkandas dalam sebuah lif sebelum diselamatkan anggota bomba.
Menerusi rakaman tersebut, beberapa kanak-kanak, remaja dan wanita dewasa dilihat berhimpit-himpit di dalam lif berkenaan sambil ada yang merungut kepanasan serta meminta pintu dibuka dengan segera.
Situasi bertukar kecoh apabila beberapa kanak-kanak dipercayai mula menangis akibat ketakutan dan ketidakselesaan selepas lif itu terkandas untuk beberapa ketika.
Perkongsian pengguna Threads, @faizanzania, turut memaparkan kesemua penumpang berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba tiba bagi membantu operasi menyelamat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi sama dan menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang mencemaskan.
“Pernah jugak sangkut 45 minit dalam lif dengan budak-budak sekolah. Pukul 8 pagi dah tak ada orang, tekan loceng lif tak ada siapa perasan. Nasib dalam lif ada line, dapat call 999. Tak dapat bayangkan anak kecil tu tak tahu nak minta bantuan macam mana,” komen @itsnini22.
“Tu semua budak-budak kecil dan remaja dik, better tengok betul-betul video ni sebelum nak mengata bukan-bukan,” kata @janeleyyy.
“Mak oi.. aku lif lebih dari lima enam orang pun memang sanggup keluar balik… hahaha,” tulis @shaasueee.
Setakat ini, lokasi kejadian dan punca lif tersebut terkandas masih belum dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














