HULU LANGAT – Perdapatan lumayan sehingga RM30,000 sebulan hasil kutipan sewa dipercayai menjadi punca pemilik tanah Kampung Baru Sungai Makau di sini sanggup menyediakan penempatan kepada etnik Rohingya. Penempatan seluas kira-kira 0.2 hektar itu mempunyai anggaran 50 unit rumah yang menempatkan lebih 400 penghuni, majoritinya daripada etnik Rohingya. Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati bangunan tiga tingkat yang tular sebelum ini dipercayai hanya dijadikan sebagai ‘tirai’ bagi mengaburi kewujudan sebuah penempatan lebih besar di bahagian belakang kawasan berkenaan. Bagaimanapun kediaman yang……














