fbpx
Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran longgokan sampah di Villa Bestari berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kebakaran sampah berhampiran UIA berjaya dipadam 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadamkan 50 peratus kebakaran longgokan sampah yang berlaku di Villa Bestari berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setakat petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 10.59 pagi semalam.

Katanya, operasi hari kedua menunjukkan perkembangan positif meskipun berdepan cabaran akibat timbunan sampah yang tebal dan bara api di bahagian bawah.

Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan longgokan sampah berkeluasan kira-kira 929 meter persegi.

“Operasi pemadaman diteruskan menggunakan kaedah relay pumping sepanjang 800 kaki dengan tiga aliran pancutan air bagi memastikan api tidak merebak dan dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Sebuah jengkaut milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut digunakan untuk mengorek timbunan sampah bagi memudahkan kerja-kerja pemadaman di kawasan yang masih mempunyai titik panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman masih diteruskan.

Beliau menambah, operasi melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan bantuan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Gombak, empat petugas MPS dan dua pegawai Pejabat Kesihatan.

Terdahulu, operasi pemadaman yang dilaksanakan bermula semalam ditangguhkan pada pukul 6.31 petang sebelum disambung semula pada pukul 8.40 pagi, pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN