fbpx
ANGGOTA bomba menjalankan operasi memadam kebakaran tiga kilang di kawasan perindustrian Taman Makmur, Lunas di Kulim hari ini.

‘Saya baru lepas solat subuh sebelum dengar letupan kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – “Saya terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat sebelum mendapati asap tebal memenuhi ruang udara kawasan kilang yang terletak berhampiran rumah.”

Demikian kata penduduk Taman Makmur di sini, Rahim Jamaluddin, 66, yang menyaksikan kebakaran membabitkan tiga kilang di kawasan perindustrian berhampiran kediamannya kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Menurutnya, dia baru selesai menunaikan solat subuh sebelum terdengar bunyi letupan berkenaan lalu bergegas keluar rumah untuk melihat kejadian.

“Apabila keluar rumah, saya nampak asap hitam tebal menjulang ke udara dari arah kawasan kilang. Saya kemudian pergi ke lokasi yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah dan mendapati api sedang marak di sebuah kilang dipercayai kilang lilin.

“Dua lagi kilang dipercayai kilang kotak dan kilang pakaian yang terletak bersebelahan turut terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pekerja kilang yang enggan dikenali berkata, dia baru tiba di kawasan berkenaan untuk memulakan tugas sebelum terkejut melihat banyak jentera bomba berada di hadapan kilangnya.

“Apabila sampai, rakan-rakan memaklumkan kilang terbakar dan kami hanya menunggu di luar. Buat masa ini kami perlu menunggu arahan lanjut daripada pihak pengurusan dan mungkin terpaksa bercuti beberapa bulan kerana kilang musnah dalam kebakaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN