fbpx

Kanak-kanak lumpuh sejak lahir dapat ganti rugi ekoran kecuaian hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mendapat ganti rugi RM4.59 juta bagi kos penjagaan kejururawatan selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan jumlah itu ekoran kecuaian sebuah hospital awam yang mengakibatkan mangsa lumpuh sejak dilahirkan.

Kanak-kanak itu (plaintif) yang dilahirkan pada 12 Mei 2020 melalui pembedahan Caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah.

Mangsa mengalami lumpuh secara kekal seumur hidup, bergantung kepada alat bantuan pernafasan serta menjalani prosedur pembedahan pada trakea (tracheostomy).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) sebulat suara menambah jumlah ganti rugi bagi kos penjagaan kejururawatan daripada RM2.75 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan kanak-kanak itu dan menolak rayuan kerajaan untuk mengurangkan ganti rugi berjumlah RM5.6 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Kerajaan juga diperintah membayar kos RM50,000.

Ketika membacakan penghakiman itu, Hakim Mee Chun antara lain berkata, mahkamah mengambil kira keterangan saksi pakar bahawa kes itu merupakan yang paling kompleks kerana melibatkan kanak-kanak yang bergantung hidup pada bantuan pernafasan dan memerlukan penjagaan sepanjang hari.

Panel itu selanjutnya membenarkan rayuan dan memberikan ganti rugi RM660,000 bagi kos pengubahsuaian rumah untuk keselesaan keluarga serta RM150,000 untuk pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV).

Selain itu, mahkamah menambah ganti rugi akibat penderitaan kerana kecederaan otak daripada RM300,000 kepada RM400,000 selepas berpuas hati kuantum yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, terlalu rendah.

“Meskipun plaintif tidak mengalami kerosakan otak, kecederaan saraf tunjang ketika lahir menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah. Kanak-kanak itu sedar keadaan sekelilingnya dan harus menanggung kesakitan seumur hidup,” ujar beliau.

Mahkamah turut membenarkan ganti rugi teruk RM80,000 selepas mengambil kira keengganan defendan untuk mendedahkan laporan perubatan secara sukarela serta kelewatan dalam mengakui liabiliti.

Panel tersebut juga memerintahkan kerajaan membayar RM24,000 bagi kos `mobile electric hoist’ untuk memudahkan penjagaan dan perpindahan mangsa. Kanak-kanak itu turut mendapat RM171,600 bagi kos berkaitan urusan pembantu rumah sepenuh masa.

Kanak-kanak itu diwakili peguam-peguam Manmohan Singh Dhillon, Karthi Kanthabalan dan Aaika Zulaikha Mohd. Yusop manakala Peguam Kanan Persekutuan Masriwani Mahmud mewakili pihak kerajaan.

Mangsa yang ketika itu berusia setahun empat bulan memfailkan tindakan saman melalui bapanya pada 15 September 2021 terhadap kerajaan dan doktor terbabit dengan mendakwa mereka cuai serta gagal bertindak demi kepentingan mangsa.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya terhadap taksiran ganti rugi berkata, mahkamah mempertimbangkan keterangan doktor pakar bahawa kanak-kanak itu berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun berdasarkan keadaannya, lantas kanak-kanak itu berhak untuk mendapatkan pampasan mencukupi sepanjang hayatnya.

“Tiada jumlah wang yang boleh mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu. Oleh itu, mahkamah hanya boleh memberikan jumlah mencerminkan kerugian dialami serta jumlah itu tidak boleh terlalu tinggi sebaliknya munasabah.

Sebelum ini, hospital awam terbabit menjalankan siasatan dalaman berhubung komplikasi dialami selepas kelahiran kanak-kanak itu.

Siasatan mendapati pegawai perubatan bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI