fbpx
TIGA otai Bollywood, Karisma, Madhuri dan Bobby Deol membuat kemunculan istimewa dengan naskhah hebat pada tahun ini.

Musim otai Bollywood pakat kembali bertaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK dapat dinafikan, pesona bintang-bintang Bollywood era 1990-an memang luar biasa. Aura yang dimiliki oleh setiap seorang daripada mereka masih diingati sehingga ke hari ini.

Biarpun kini ramai muka baharu menghiasi industri perfileman Bollywood, namun aura dan kredibiliti mereka tidak sama seperti senior-senior yang terlebih dahulu memukau peminat filem Bollywood di seluruh dunia.

Tahun ini, Bollywood menyaksikan kebangkitan semula otai-otai yang pernah mengegarkan dunia perfileman pada era 1990-an. Tidak hadir dengan kontroversi, sebaliknya karya-karya mereka kini sedang rancak ditayangkan di pawagam juga platform penstriman. Lebih penting, mereka bukan ‘cameo’ sebaliknya pemeran watak utama.

Madhuri Dixit

SIAPA sahaja yang tidak mengenali Madhuri Dixit. Dia superstar yang sangat terkenal dan digilai ramai. Selain memiliki rupa paras yang menawan, Madhuri juga terkenal dengan gelaran ‘the dancing queen’.

Tahun 2026 menyaksikan Madhuri kembali menghangatkan industri Bollywood menerusi filem Maa Behen.
Ma Behen merupakan filem bergenre komedi gelap yang ditulis dan diarahkan oleh Suresh Triveni.

Menariknya filem ini menggandingkan Madhuri bersama bintang baharu, Triptii Dimri. Mereka berlakon sebagai ibu dan anak. Lakonan mereka berdua mendapat pujian melambung daripada penonton.

Bobby Deol

SELEPAS meraih populariti luar biasa sebagai watak antagonis dalam filem Animal pada 2023, kini Bobby Deol kembali dengan filem Bandar yang menampilkannya sebagai watak utama.

Filem arahan pengarah terkenal Anurag Kasyap tersebut menampilkan gandingan Bobby dan kekasih Hrithik Roshan, iaitu Saba Azad.
Para pengkritik filem memuji filem serta lakonan Bobby yang memegang watak sebagai pelakon senior yang meninggalkan isterinya untuk menjalin hubungan dengan wanita yang lebih muda.

Selain filem Bandar, Bobby juga bakal muncul dengan filem berbajet besar iaitu Alpha di mana filem tersebut turut menampilkan Alia Bhatt.
Sebelum ini Bobby pernah mendedahkan dia bergelut untuk mendapat tawaran lakonan selama beberapa tahun sehingga akhirnya dia kemurungan dan berdepan dengan masalah ketagihan alkohol.

Karisma Kapoor

SELAIN Madhuri, rakan gandingannya dalam filem Dil To Pagal Hai iaitu Karisma Kapoor turut membuat kemunculan semula pada tahun ini. Kali ini aktres bermata biru itu mewarnakan kembali pengaruh lakonannya dalam drama bersiri berjudul Brown yang disiarkan dalam platform penstriman ZEE5.

Apa yang menarik tentang drama bersiri bergenre thriller tersebut, Karisma melakonkan watak detektif yang menyiasat kejadian pembunuhan seorang remaja, menambah konflik kes melibat keluarga berpengaruh di Kolkata. Lakonan Karisma mendapat pujian ramai dan karya ini dikatakan antara persembahan terbaiknya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN