fbpx

Astro rekod hasil RM820 juta suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rancangan popular terbitan Astro.

PETALING JAYA – Astro Malaysia Holdings Berhad merekodkan hasil berjumlah RM820 juta bagi suku tahun keempat berakhir 31 Januari 2024, dalam keadaan makroekonomi yang tidak menentu berpunca daripada ketidakstabilan mata wang asing.

Untung selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) Ternormal mencatatkan RM35 juta, namun ia tidak merangkumi cukai kerugian tukaran mata wang asing bagi pajakan berkaitan transponder.

Menurut Astro dalam satu kenyataan semalam, syarikat turut menjana aliran tunai bebas sebanyak RM134 juta, dengan 3.8 kali Patami Ternormal dan sentiasa berhemah dan proaktif dalam pengurusan modal walaupun dilanda pelbagai cabaran ekonomi.

Jelasnya, syarikat memiliki polisi untuk membayar dividen tahunan hasil daripada Patami terkumpul dan dividen yang diisytiharkan bagi tahun kewangan 2024 adalah sebanyak 0.25 sen sesaham yang bersamaan dengan 31 peratus nisbah pembayaran balik setahun.

“Kekuatan mata wang Amerika Syarikat pada ketika ini memberikan kesan mendalam terhadap kos perniagaan kami.

“Manakala keadaan ekonomi tempatan (yang dipengaruhi faktor geopolitik) serta sentimen pengguna yang lemah termasuk kesan penyelarasan Cukai Perkhidmatan, turut memberi cabaran terhadap pertumbuhan hasil.

“Untuk meringankan beban, kami telah memperkenalkan pakej pengenalan yang lebih berpatutan bagi televisyen berbayar dan juga sooka pada suku lepas, sekali gus meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan kami.

“Astro akan kekal berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan perniagaan, dalam pada masa yang sama kami juga akan menguruskan kos perbelanjaan dengan cermat dan berhemah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI