fbpx
POLIS mengawal kawasan di luar sebuah Pub yang terbakar di Bangkok pada awal pagi tadi. -AFP

Pub popular terbakar, 27 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 27 orang disahkan terkorban dalam satu kebakaran sebuah pub yang popular di daerah Chatuchak lewat malam semalam, lapor agensi penyiaran BBC.

Anggota bomba telah dipanggil ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan, dan mendapati para pelanggan sedang melarikan diri melalui pintu hadapan premis yang marak dijilat api.

Rakaman yang dimuat naik di platform X menunjukkan api marak keluar dari pub berkenaan ketika orang ramai bertempiaran lari, dengan sebahagian daripada mereka menjerit manakala ada yang terjatuh. 

Sekurang-kurangnya dua orang kelihatan terbakar.

Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, memberitahu media di lokasi kejadian  bahawa 27 mayat telah ditemui, manakala mangsa yang lain telah dibawa ke hospital. 

Beliau menyatakan bahawa punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Anutin memberitahu wartawan bahawa beliau telah bertanyakan kepada seorang pemuzik yang sedang membuat persembahan ketika kebakaran bermula tentang apa yang berlaku.

“Dia berkata berlaku kebakaran pada suis utama, dan selepas itu keadaan berlaku dengan sangat pantas. Terjadi letupan dan semua orang cuba melarikan diri daripada asap dan api.

“Ramai daripada mereka tidak dapat keluar kerana mereka menuju ke bahagian belakang bangunan dan cuba bersembunyi daripada asap dan api di dalam tandas. Di situlah kami menemui sebahagian besar mayat mangsa,” katanya.

Anggota bomba dilaporkan berjaya mengawal api yang marak dalam masa kira-kira setengah jam.

Laporan media tempatan menyatakan bahawa daripada 27 mangsa yang terkorban, sembilan daripadanya adalah lelaki dan 18 adalah wanita. 

Lebih 60 orang kini sedang dirawat di hospital.

Sementara itu, Gabenor Bangkok, Chatchart Sittipunt yang melawat tempat kejadian mendedahkan bahawa penggunaan bahan hiasan dalaman yang mudah terbakar menjadi punca api merebak dengan begitu pantas.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap laporan awal yang mendakwa wujudnya unsur kecuaian di premis berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN