fbpx

Jentera bomba terbalik tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jentera bomba terbalik di tepi jalan berhampiran Winchester,Hampshire. – BIG LADDER PHOTOGRAPHER

LONDON – Sebuah jentera bomba terbabas ke tepi jalan sebelum terbalik di atas padang dalam kejadian kelmarin, lapor portal berita MailOnline.

Kenderaan tersebut yang ketika itu tidak menerima sebarang panggilan kecemasan, terbalik di A272 berhampiran Winchester di Hampshire, Britain. 

Gambar yang dirakam menggunakan dron menunjukkan jentera bomba tersebut terbalik di lokasi hanya kira-kira 1 meter dari jalan raya, manakala tangga di bahagian atas sedikit terkeluar dari kedudukannya serta satu tayarnya hampir tercabut.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Hampshire dan Isle of Wight mengesahkan tiada individu yang cedera, manakala punca kemalangan sedang disiasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI