fbpx
KEADAAN kemalangan Proton X70 bertembung treler di Jalan Lestari Hijau 1, Taman Lestari Hijau, Kulai, malam tadi. Foto IHSAN BOMBA

Dua maut, tiga parah Proton X70 bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Proton X70 dan sebuah treler berhampiran YTL Green Data Center Park, Jalan Lestari Hijau 1, Taman Lestari Hijau di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.36 malam itu, Proton X70 yang dinaiki lima mangsa dipercayai terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah treler.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Fauzi Che Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.36 malam sebelum sebuah jentera bersama anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati terdapat dua mangsa terperangkap di dalam Proton X70.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tiga lagi mangsa yang berada di dalam kenderaan sama mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, pemandu treler yang turut terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang melibatkan 14 anggota dari BBP Kulai dan BBP Pekan Nenas itu tamat sepenuhnya pada pukul 10.15 malam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN