PETALING JAYA – UOB Malaysia mengumumkan rancangan untuk menggandakan asas pelanggan mewahnya menjelang 2028 dengan memperkukuhkan tawaran pengurusan kekayaan bagi memenuhi tahap pendapatan yang semakin meningkat, kecanggihan kewangan yang lebih tinggi, dan jangkaan pelanggan yang terus berkembang.
Bagi memanfaatkan kesalinghubungan ASEAN yang teguh, Kumpulan UOB berada
pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan segmen ini, bersandarkan aset di
bawah pengurusan (AUM) berjumlah SGD$210 bilion (atau kira-kira RM653 bilion) merentas
perniagaan Perbankan Runcitnya. D
Di Malaysia, Bank telah menyaksikan momentum yang kukuh dalam perniagaan pengurusan kekayaan, dengan AUM yang dilaburkan meningkat 30 peratus sejak 2024, didorong terutamanya oleh penyelesaian pendapatan tetap yang mantap, menunjukkan pendekatan khidmat nasihat kekayaan Bank yang berdisiplin.
Bank juga menyaksikan semakin ramai pelanggan mewahnya mempelbagaikan bahagian
simpanan dan aset boleh labur yang lebih besar ke dalam produk pelaburan, sekali gus
menandakan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keupayaan khidmat nasihat
Bank untuk melindungi dan mengembangkan kekayaan mereka melalui pendekatan
berasaskan portfolio.
Ketua Perkhidmatan Kewangan Peribadi Negara UOB, Elaine Fan berkata, budaya
pelaburan di Malaysia sedang berkembang dengan pesat, namun terdapat jurang yang jelas
antara apa yang diperlukan oleh pelanggan dan apa yang biasanya ditawarkan oleh model perbankan tradisional.

“Tumpuan kami adalah untuk merapatkan jurang tersebut dengan mengukuhkan hubungan bersama pelanggan serta menyokong mereka dengan khidmat nasihat yang tepat apabila mereka beralih kepada strategi kekayaan jangka panjang yang lebih terpelbagai.
“Tawaran Privilege Banking yang dipertingkat ini adalah berlandaskan
pengaturan yang dipercayai dan dipacu khidmat nasihat, disokong oleh rangkaian serantau
serta kepakaran pelaburan kami yang kukuh,” katanya dalam kenyataan.
Bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap khidmat nasihat
berfokuskan portfolio serta akses kepada pelbagai tawaran pelaburan, UOB Malaysia telah
menambahkan tawaran Privilege Banking berdasarkan tiga tonggak utama iaitu khidmat nasihat kekayaan berteraskan nilai yang disokong oleh pandangan pakar daripada Pejabat Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Bank Persendirian, bimbingan disediakan secara berpusat, serta keutamaan kepada keistimewaan gaya hidup dan kesihatan.
Pelanggan Privilege Banking juga akan menerima khidmat nasihat peribadi, bimbingan dan sokongan perkhidmatan daripada penasihat elanggan yang khusus, disokong oleh pasukan pakar kekayaan yang dilantik merentas pelaburan, perbendaharaan, insurans dan gadai janji.
Selain deposit, pendekatan peruntukan aset strategik membolehkan pelanggan mendapat
akses kepada pelbagai penyelesaian pelaburan seperti amanah saham, bon runcit,
pelaburan berstruktur, pertukaran asing, emas, bankasurans dan perancangan legasi.
Sebagai tambahan kepada khidmat nasihat kekayaan, pelanggan akan menikmati
pengalaman menjamu selera dan pengembaraan yang dipilih khas melalui perkongsian
global Bank dengan Michelin Guide, serta akses eksklusif ke pelbagai restoran terkemuka di
seluruh ASEAN menerusi program gaya hidup dan santapan, Asia’s Finest Tables.
Melalui tawaran yang dipertingkat ini, pelanggan UOB Privilege Banking dan seorang
tetamu pengiring akan menikmati diskaun 30 peratus untuk pakej saringan kesihatan terpilih
di Pusat Perubatan Sunway di Sunway City, Velocity, Damansara, Ipoh dan Pulau Pinang
sehingga 31 Julai 2026. -KOSMO! ONLINE














