fbpx

[VIDEO] Hilal Ramadan tidak kelihatan di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Jawatankuasa Pencerapan Hilal Ramadan Peringkat Putrajaya sedang meneliti kedudukan anak bulan di PICC, hari ini. - Foto oleh AMREE AHMAD / KOSMO!

PUTRAJAYA – Proses pencerapan hilal Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan anak bulan gagal kelihatan dan tidak memenuhi kriteria imkanur rukyah.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pasukan Jawatankuasa Pencerapan Peringkat Putrajaya yang juga Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan sebentar tadi.

“Kedudukan hilal berada kurang daripada kriteria darjah yang dipersetujui Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-118 pada 2021 lalu,” jelas beliau.

Berdasarkan maklumat diterima, anak bulan dikesan dari ufuk pada altitud atau ketinggian sifar darjah 40 minit sewaktu matahari mula terbenam atau maghrib pukul 7.26 petang.

Sementara kedudukan elongasi atau jarak lengkung antara pusat bulan dengan matahari pula didapati pasukan pencerapan itu hanya satu dajah 47 minit ketika waktu berkenaan.

Turut menyertai pasukan tersebut ialah Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah dan juga pakar falak, Datuk Dr. Azhari Mohamed.

Pusat persidangan berkenaan merupakan antara 29 lokasi yang diwartakan oleh Majlis Raja-Raja untuk proses pencerapan hilal untuk penetapan awal bulan takwim Hijrah.

Majlis Raja-Raja pada 2021 meluluskan kriteria imkanur rukyah baharu iaitu altitud mesti tidak kurang tiga darjah manakala sudut elongasi pula ialah lebih enam darjah 24 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI