fbpx
PEMAIN tengah Scotland, John McGinn (tengah) menjaringkan gol kemenangan ketika aksi Kumpulan C Piala Dunia 2026 menentang Haiti di Stadium Boston, awal pagi tadi. – AFP.

Piala Dunia 2026: McGinn hadiahkan kemenangan buat Scotland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOSTON – John McGinn muncul wira buat pasukan Scotland apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 ke atas Haiti pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2026 di Stadium Boston, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Scotland memulakan kempen dengan tiga mata berharga sekali gus mendahului carta Kumpulan C selepas aksi perlawanan antara Brazil dan Maghribi berakhir dengan keputusan 1-1 awal pagi tadi.

Lebih manis, kemenangan turut mencipta sejarah buat Scotland yang kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak edisi 1998.

Scotland terlebih dahulu hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi percubaan pemain tengah, Scott McTominay, namun rembatan tersebut sekadar menggegarkan tiang gol Haiti.

Pasukan kendalian Steve Clarke akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-28 apabila McGinn pantas menyambar peluang dalam situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti lawan.

Gol itu berpunca daripada gerakan pantas Che Adams yang berjaya menembusi benteng pertahanan Haiti sebelum hantaran lintang Gannon-Doak mengucar-kacirkan hadapan gawang Haiti.

McGinn yang berada di posisi terbaik tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila melakukan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Haiti, Johny Placide.

Tersentak dengan jaringan itu, Haiti mula meningkatkan rentak permainan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya dalam usaha mencari gol penyamaan sebelum rehat.

Bagaimanapun, pertahanan Scotland kekal dengan permainan terbaik mereka untuk mengekang setiap ancaman yang dilancarkan skuad Les Grenadiers.

Memasuki babak kedua, Haiti terus memberi tekanan dan hampir meraih gol penyamaan pada minit ke-84 menerusi tandukan Frantzdy Pierrot, namun percubaannya sedikit tersasar ke pintu gol.

Keputusan itu menyaksikan Haiti terpaksa menangguhkan impian meraih mata pertama selepas kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama selepas 52 tahun sejak edisi 1974. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN