fbpx

Jenazah dua budak lemas Pantai Teluk Lipat selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Muhammad Atiff Farrouqi dan Muhammad Danish Mikaill selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Syed, Dungun semalam.

DUNGUN – Jenazah dua kanak-kanak lelaki yang lemas sewaktu mandi di Pantai Teluk Lipat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Syed di sini lewat malam tadi.

Dua sahabat itu iaitu Muhammad Atiff Farrouqi Zainudin,11, dan Muhammad Danish Mikaill Abdullah, 9, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Omar di sini disemadikan secara berdekatan di tanah perkuburan tersebut pada pukul 11.30 malam.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan rakan sekolah kanak-kanak itu tidak dapat menahan sebak sewaktu talkin dibacakan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang tersebut, dua kanak-kanak itu lemas selepas hanyut dibawa arus derat laut ketika mandi di Pantai Teluk Lipat bersama seorang lagi rakannya mereka, Ahmad Aril Farhan Mat Zain, 11.

Ahmad Aril terselamat selepas berjaya berenang ke darat dan bertindak menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan insiden menimpa dua rakannya.

Mayat Muhammad Atiff Farrouqi ditemui pasukan mencar dan penyelamat pada pukul 4.55 petang diikuti mayat Muhammad Danish Mikaill pada pukul 6.25 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI