fbpx

15 penjawat awam antara 4,398 pesalah berkaitan dadah ditahan polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menahan seramai 4,398 suspek dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan berkaitan dadah di seluruh negeri dalam tempoh dua bulan pertama, tahun ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, antara yang ditahan dalam Op Pemutihan dan Op Tapis itu termasuklah 15 orang penjawat awam pelbagai jawatan.

Menurut beliau, operasi tersebut dilaksanakan di kawasan ‘hotspot’ seperti kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan kos rendah, jeti nelayan, dan lain-lain.

M. Kumar.

“Sepanjang dua bulan ini, seramai 8,273 orang telah diperiksa, dengan penahanan dibuat melibatkan kesalahan memiliki dadah, membekalkan dadah dan juga menagih dadah.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 70 tahun, dengan seramai 209 daripadanya merupakan warga asing, selain 624 suspek berstatus orang dikehendaki,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumar, pihaknya juga telah merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM6.98 juta.

“Rampasan dadah itu jika terus berada di pasaran boleh digunakan seramai 601,068 penagih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI