fbpx

EPL: Manchester United dahaga kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berpeluang untuk merapatkan jurang dengan kedudukan kelompok empat pasukan teratas sekiranya mampu menewaskan Fulham malam ini. - AFP

MANCHESTER – Manchester United bakal melayan kunjungan Fulham malam ini di Old Trafford dengan misi untuk memburu kemenangan keenam berturut-turut dalam semua kejohanan yang disertai.

Situasi berkenaan meredakan tekanan ke atas pengendalinya, Erik Ten Hag berbanding bulan lalu apabila mereka mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika menundukkan Luton Town 2-1 minggu lalu.

Berdasarkan prestasi semasa Fulham yang hanya meraih satu kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir, United perlu mengambil kesempatan tersebut untuk mendapatkan kemenangan bagi merapatkan jurang dengan kelompok empat pasukan teratas.

Empat kemenangan yang diperoleh sebelum ini membolehkan mereka melonjak ke kedudukan keenam saingan dan hanya ketinggalan lima mata berbanding Aston Villa yang berada di tangga keempat.

Bagaimanapun, masalah kecederaan beberapa pemain tonggak terutama di bahagian bek kiri menjadi halangan besar buat Ten Hag dalam menyediakan pasukan terbaik apabila Luke Shaw tersisih sehingga hujung musim, manakala Tyrell Malacia masih belum pulih.

Pilihan terbaik yang dimiliki pengurus itu adalah meletakkan Victor Lindelof di posisi berkenaan ketika Diogo Dalot perlu kekal sebagai pemain pertahanan kanan apabila Aaron Wan-Bissaka juga tidak cergas untuk beraksi.

Perkara yang paling melegakan Ten Hag ketika ini adalah bagaimana bahagian tengah mereka, Casemiro, Kobbie Mainoo dan Bruno Fernandes yang dilihat kembali dominan untuk membantu pemain pertahanan serta merancang gerakan menyerang dengan baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI