fbpx
Jah Makhzum dan Muhammad Haimi menunjukkan menu sarapan RM1 di Rembau semalam.

Sarapan pagi serendah RM1 di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang bekas chef yang berpengalaman hampir 20 tahun nekad membuka kedai sarapan pagi menawarkan harga serendah RM1 di Kampung Rendah, di sini, sejak lebih lima tahun lalu.

Bekas chef itu, Jah Makhzum Jalalus Shuti, 42, berkata, dia menawarkan menu RM1 tersebut untuk sarapan roti canai kosong, nasi lemak telur rebus, serta empat jenis air iaitu kopi susu, kopi O, teh tarik dan juga teh O.

Menurutnya, sebelum pendemik Covid-19, perniagaan berkenaan memang sangat meriah, namun, terjejas sedikit apabila bermula pandemik.

“Bila dah ok, kita buat balik dengan harga yang sama dan dapat sambutan semula. Pagi tadi, saya juga membuat 100 tempahan tenaga pengajar sebuah sekolah bagi infak nasi lemak buat pelajar peperiksaan.

“Kebanyakan pelanggan saya adalah pelanggan tetap,” katanya ketika ditemui di premis kedai sewaannya di Kampung Rendah, di sini semalam.

Jelas Jah Makhzum, dia dan suami, Muhammad Haimi Mustapa Kama, 41, nekad berniaga selepas dia terbabit dalam kemalangan ketika ke tempat kerja dari Astana Raja, Rembau ke sebuah hotel di Port Dickson.

Ujarnya, yang merupakan alumni Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip, dia yang sememangnya sangat minat dengan dunia masakan bermula di kampung suaminya dahulu di Keratong, Pahang selepas dia sudah semakin pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN