SAUDARA PENGARANG, Sebelum ini, setiap kali mahu mengeluarkan wang tunai kita pasti mencari mesin teler automatik (ATM) yang sama dengan kad bank dimiliki. Maka, berpusinglah mencari mesin ATM kerana tidak mahu dikenakan caj RM1. Bagaimanapun, bermula 1 Julai ini, setiap pengeluaran di mana-mana ATM atau mesin kitar semula pintar (SRM) tidak lagi dikenakan caj RM1. Berita gembira itu diumumkan oleh Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM)……














