fbpx

Pengasas Daiso meninggal dunia pada usia 80 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yano mengasaskan Daiso pada 1972. - MS NEWS

TOKYO – Jutawan rangkaian runcit Daiso dari Jepun, Hirotake Yano disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada usia 80 tahun, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan firma itu semalam, mendiang meninggal dunia pada 12 Februari lalu, manakala majlis pengebumian diadakan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

“Dengan rasa dukacita kami mengumumkan pemergian Pengasas dan Bekas Presiden Daiso Industries Company Limited, Hirotake Yano. Beliau meninggal dunia semalam,” kata Daiso di laman webnya.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Chuo di Tokyo pada 1967, Yano melakukan beberapa pekerjaan berbeza termasuk menguruskan syarikat perikanan bapa mentuanya sehingga jatuh muflis.

Pada 1972, ketika berusia 29 tahun, beliau menubuhkan perniagaan pertamanya iaitu sebuah kedai runcit bernama Yano Shoten atau Yano Store.

Lima tahun kemudian, beliau menukar nama syarikat itu kepada Daiso yang bermaksud ‘mencipta sesuatu yang besar’. Ia menjadi terkenal kerana semua barangan yang dijual berharga 100 yen (RM3.20).

Setakat akhir 2023, Daiso mempunyai 4,360 kedai di negara asalnya dan hampir 1,000 kedai di seluruh dunia termasuk cawangan di seluruh Asia serta di Amerika Utara dan Asia Barat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI