fbpx

Tauke barangan lusuh ditahan rasuah penguatkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Pemilik perniagaan barangan lusuh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat kerana kesalahan memberi rasuah kepada penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Difahamkan, suspek telah memberikan wang rasuah sebanyak RM8,000 kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan selanjutnya kerana menjalankan aktiviti mengumpul barangan lusuh tanpa permit.

Terdahulu, premis perniagaan suspek yang telah diberikan Notis Menghendaki Kacauganggu Dihapuskan (No. 00575) Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI