fbpx

Kerajaan setuju perbesar Lapangan Terbang Antarabangsa P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

SEBERANG PERAI – Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) perlu dipercepatkan bagi menampung keperluan penumpang yang semakin bertambah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membesarkan LTAPP seperti yang diumumkan sebelum ini.

Katanya, Pulau Pinang popular sebagai lokasi tarikan pelancongan yang sangat berjaya namun berdepan dengan masalah kesesakan di lapangan terbang.

“Untuk melaksanakan projek ini sudah semestinya memerlukan kajian dan daripada segi Kerajaan Persekutuan, projek ini mungkin bermula pada akhir tahun.

“Insya-Allah, hari Rabu depan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, mungkin selepas mendapatkan laporan, saya nak tahu boleh tak kita percepatkan (projek pembesaran LTAPP) ini,” katanya  ketika berucap pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan-Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI