fbpx

15 individu ditahan bantu siasatan kes bunuh di Route 66

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis menahan seramai 15 individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun di Route 66, Jalan Abdullah Tahir, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua suspek yang ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru itu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Katanya, tangkapan yang dibuat itu turut membabitkan seorang lelaki berusia 30-an yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) sebaik tiba dari Bangkok, Thailand, kelmarin.

“Polis Kontinjen Johor menerima maklumat berkaitan kes bunuh membabitkan seorang lelaki tempatan pada pukul 4.54 petang, Ahad lalu di Jalan Abdullah Tahir.

“Susulan itu, polis telah membuat sebanyak 15 tangkapan di beberapa kawasan di daerah ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki warga tempatan ditahan polis sebaik sahaja tiba di LTAS kerana disyaki terbabit dalam kematian lelaki di sebuah kelab malam, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kumar memberitahu, kesemua individu itu ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kes pembunuhan lelaki terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI