PETALING JAYA – Makan besar atau sesi makan bersempena Tahun Baharu Cina tidak semestinya dianjurkan di rumah kediaman seperti tahun sebelum ini tetapi boleh juga mengubah tradisi dengan meraikannya di hotel dengan berkumpul seisi keluarga.
Sunway Resort Hotel adalah pilihan terbaik kerana ia memiliki beberapa restoran yang bersesuaian dengan permintaan pelanggan.
Salah satu pilihan popular pelanggan adalah restoran Sunset Terrace bakal memberi pengalaman menarik buat pelanggan yang mahu menikmati juadah enak sempena Tahun Naga pada sambutan kali ini dengan pelbagai menu tradisional Cina dan juga yang hidangan baharu yang diolah bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Hidangan yee sang canadian propeller clam dan fresh Norwegian salmon adalah antara satu keunikan ditampilkan oleh cef berpengalaman di hotel tersebut pada tahun ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, menu yang bakal menjadi pilihan pelanggan adalah coral trout congee, waxed duck rice dengan homemade barbecue chicken, fragrant garlic tiger prawn, golden bean curd, oyster with fresh peppercorn in pumpkin gravy.
Sajian lain adalah pelbagai jenis makanan pembuka selera dengan pemanis mulut yang mana restoran tersebut menghidangkan baked nian gao puffs, red dragon fruit cake, pineapple tarts dan mandarin chocolates.

Selain itu, pelanggan juga diberi pilihan untuk menjamu selera di sebuah lagi restoran di Sunway Resort iaitu The Resort Cafe yang mana ia bakal memenuhi keperluan pelanggan untuk menikmati hidangan bersempena makan besar pada malam tahun baru itu.
Terdapat lapan hidangan menu tradisional yang disediakan oleh cef berpengalaman di hotel tersebut, antaranya terdiri daripada double-boiled baby abalone soup with rock melon, steamed whole dragon tiger grouper, oven-roasted dan five-spiced chicken.
Tidak lengkap jamuan tidak disertakan dengan pemanis mulut dan pelanggan boleh menikmati kelazatan sweet tong sui dan steamed chinese new year nian gao. -KOSMO! ONLINE















