fbpx

Pocong terbang di atas deretan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kelibat pocong di dalam bilik pameran kereta di Jember, baru-baru ini. - Foto TikTok/@_rama0591

JAKARTA – Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lembaga putih dipercayai pocong berada di dalam bilik pameran kereta di Jember, wilayah Jawa Timur, lapor berita banjarmasinpost.co.id semalam.

Pocong  dilihat terbang di atas beberapa buah kereta di dalam bilik pameran tersebut.

Video itu menjadi tular di media sosial semalam selepas dimaut naik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @_rama0591.

Sebelum pocong itu muncul, suasana kelihatan sepi dan tidak ada seorang pun di dalam bilik pameran tersebut.

Pocong itu tiba-tiba muncul dan terbang dengan pantas di atas deretan kereta sebelum menghilang.

Berdasarkan jam  CCTV , kejadian itu berlaku pukul 6.22 petang (waktu tempatan). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI