fbpx
Suzana melihat hakisan tebing sungai yang semakin menghampiri rumahnya di Kampung Imam Lapar, Hulu Terengganu semalam.

‘Makin lama hakisan makin membesar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Lima sekeluarga tidak lena tidur me­ngenangkan hakisan tebing su­ngai berhampiran rumah mereka yang semakin serius di Kampung Imam Lapar di sini sejak akhir-akhir ini.

Suzana Jusoh, 44, mendakwa, tebing sungai itu semakin terhakis berikutan banjir gelombang kedua dan ketiga baru-baru ini dengan jaraknya dengan rumah mereka kini cuma kurang lima meter.

“Hakisan tebing sungai ini sebenarnya sudah berlanjutan sejak 15 tahun lalu, namun semakin serius sejak akhir-akhir ini.

“Dalam kejadian terbaharu pada bulan lalu, banyak pokok buah-buahan seperti duku dan rambutan yang saya tanam di belakang rumah tumbang akibat hakisan terbabit,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Imam Lapar di sini semalam.

Suzana mendakwa, dia sekeluarga telah mengambil inisiatif sendiri menutup tebing sungai yang runtuh terbabit dengan tikar getah dan kepingan atap zink.

Begitupun dakwanya, usaha mereka tersebut kurang berkesan kerana paras Sungai Telemong pada musim tengkujuh ini terlalu tinggi.

“Kami tidak dapat lelap mata untuk tidur pada waktu malam kerana bimbang runtuhan tersebut yang kini sudah semakin mendekati rumah kami.

“Tidak mustahil juga tiga rumah jiran yang juga mempunyai talian kekeluargaan akan turut terjejas kerana terdekat de­ngan rumah kami,” dakwanya.

Suzana mengakui pihak berwajib pernah mengambil tindakan mengalihkan aliran Sungai Telemong bagi mengurangkan impak hakisan terbabit kira-kira 10 tahun lalu.

Dakwanya, limpahan air Su­ngai Telemong pada musim tengkujuh sudah semakin besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun alurnya sudah dialihkan semakin jauh berbanding dahulu.

“Paras air sungai sewaktu musim tengkujuh sekarang ini terlalu besar sehingga melimpah ke kawasan alur lama punca runtuhan tebing semula.

“Saya cadang kerajaan bina benteng dekat sungai bagi elak hakisan tebing,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN