fbpx

Tiga RUU pengambil alihan kuasa kawal selia bekalan elektrik diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji (kanan) ketika menghadiri sidang khas DUN Sabah hari ini. Foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU – Tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah berkaitan pengambil alihan kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada kerajaan Persekutuan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Ketiga-tiga RUU berkenaan adalah RUU Tenaga Boleh Baharu 2024, Bekalan Elektrik 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 yang diluluskan sekitar pukul 2:45 petang tadi selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir dan sudah dibahas seramai 21 orang ADUN.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kelulusan kesemua RUU berkenaan sekali gus bakal memberi ruang kepada Sabah mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan.

“Enakmen Suruhanjaya Tenaga 2023 dibentangkan sebelum ini dan diluluskan di persidangan khas DUN Sabah pada 10 Januari tahun lalu. Kelulusan sama memberikan kuasa dan fungsi kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) yang merupakan sebuah badan kawal selia baharu di Sabah.

“Perkara itu seiring dengan persetujuan secara bersama di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengambilalihan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah tahun lalu.

“Dengan itu, suatu perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan iaitu penggantungan Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 di Negeri Sabah, telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 22 Disember tahun lalu dan mula berkuat kuasa hari ini,” katanya sewaktu  berucap pada sidang khas DUN Sabah di sin, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI