fbpx

Mekah tempat Puteri Sarah ‘healing’, muhasabah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah suci adalah tempat terbaik buatnya bermuhasabah diri.

Kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, umrah boleh dilaksanakan beberapa kali oleh semua umat Islam sekiranya mempunyai peluang dan rezeki dijemput ke sana.

“Sejak saya pergi ke Mekah, ramai tanya kenapa asyik pergi umrah? Berapa kali mahu pergi umrah?

“Sebenarnya, tiada had pun untuk seseorang itu pergi mengerjakan ibadah. Semuanya bergantung kepada rezeki dan ini adalah rezeki saya.

“Tempat ini (Mekah) adalah tempat saya healing  sambil beribadah selain muhasabah diri sendiri,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Pelakon drama Hijrah Jannah itu juga memaklumkan, dia sudah menyampaikan kiriman doa peminat di hadapan Kaabah selain turut memohon agar dirinya dijemput sekali lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada masa akan datang.

“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua mesej langsung (DM) atau WhatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah.

“Ya Allah panggilah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali ke sini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu.

“Aku yakin jika Engkau berkehendak maka tidak ada satu pun yang boleh menghalangnya,” tulisnya panjang lebar.

Januari lalu, Puteri Sarah dan dua orang cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI