fbpx
Gambar yang dimuat naik di Thread soleh Xraintoi

‘Kaya sangat ke aku sampai RM50 pun jadi penanda buku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita menerima kejutan dan rezeki yang tidak disangka-sangka apabila menemui sekeping wang RM50 yang pernah dijadikan sebagai penanda pada bukunya.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Xraintoi, dia berkongsi sekeping foto yang memaparkan sekeping wang RM50 terselit rapi di halaman buku miliknya.

“Kaya sangat ke aku sampai RM50 pun jadi penanda buku? Dah lah tak habis baca sebab masuk hospital dua tahun lepas. Ini nak kena habiskan baca baru boleh amik RM50 ni,” katanya pada hantaran tersebut.

Perkongsian berkenaan mencetuskan rasa terhibur dalam kalangan pengguna yang turut berkongsi pengalaman serupa terjumpa semula wang simpanan yang pernah terselit atau disimpan di tempat tidak disangka-sangka.

“Dulu simpan duit raya dekat buku latihan, pastu lupa. Masa dah kerja, mak suruh jual buku-buku tu. Masa tengah angkat buku tiba-tiba keluar RM150. Perghhh, kaya sehari,” ujar Simply_fit4me.

“Sama macam kakak saya. Dulu kalau pinjam novel dia mesti terjumpa duit. Mujurlah adiknya ni orang yang jujur. kalau tak, habis saya buat belanja,” kata Mell_mariann pula.

Sementara itu, pengguna Suzilaafdza turut berkongsi kegembiraan sama apabila menemui wang tunai di tempat yang lama tidak disentuh.

“Adakah hari ini hari jumpa duit sedunia? Aku pun tadi jumpa duit RM150 dalam wallet lama. Rasa macam nak lompat bintang,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN