fbpx
Ida Riswana bercakap kepada pemberita di KLIA 1, Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Andalusia tawar pakej umrah 7 malam serendah RM5,990

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) memperkenalkan pakej umrah jarak pendek pada harga serendah RM5,990 bagi membantu golongan bekerja yang tidak berpeluang mengambil cuti panjang untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pakej sembilan hari tujuh malam itu diperkenalkan sebagai alternatif kepada bakal jemaah yang ingin menunaikan umrah dalam tempoh singkat tanpa menjejaskan keselesaan sepanjang perjalanan.

Menurut beliau, pakej tersebut menggunakan penerbangan Malaysia Airlines dengan penginapan empat malam di Mekah dan tiga malam di Madinah di hotel kategori jarak sederhana.

“Kami cuba menawarkan pakej yang lebih singkat bagi mereka yang tidak dapat mengambil cuti panjang. Dengan harga ini, saya rasa ia amat berbaloi untuk mereka yang ingin menunaikan umrah dalam tempoh yang singkat tetapi masih selesa,” katanya selepas majlis pelepasan kumpulan jemaah umrah ke Tanah Suci di sini, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha Andalusia merancakkan lagi permintaan sempena musim umrah baharu yang bermula pada Muharam, bagi memberi lebih banyak pilihan kepada bakal jemaah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN