fbpx

Pelajar gagal ujian komputer lesen memandu 59 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar perlu mengambil semula ujian komputer jika gagal ujian amali dalam tempoh dua tahun. - Getty Images

LONDON – Seorang pelajar sekolah memandu di Britain akhirnya lulus ujian komputer lesen memandu selepas mendudukinya sebanyak 59 kali, lapor stesen penyiaran Sky News hari ini.

Dia menghabiskan masa selama 60 jam untuk menduduki ujian tersebut dan membayar hampir £1,400 (RM8,259) sebelum lulus di sebuah sekolah memandu di Redditch, Worcestershire.

Pelajar sekolah memandu di Britain perlu lulus ujian komputer sebelum mendaftar untuk ujian amali. Mereka perlu menjawab dengan betul 43 daripada 50 soalan dalam ujian tersebut.

Pelajar yang gagal perlu menunggu selama tiga hari sebelum boleh mengambil ujian ulangan dan dikehendaki membayar yuran sebanyak £23 (RM135). 

Mereka perlu mengambil semula ujian komputer jika tidak lulus ujian amali dalam tempoh dua tahun.

Beberapa penduduk Britain sebelum dini dihukum selepas mengambil ujian teori itu untuk orang lain.

Inderjeet Kaur dari Llanelli dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tahun lalu kerana mengambil 150 ujian teori dan praktikal untuk orang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI