fbpx

Luahan Pembaca: Manusia toksik bermaharajalela di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai individu menjadikan media sosial sebagai ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak lain.

Saudara Pengarang,

SETIAP daripada kita perlukan kawan. Ada yang pilih kawan kerana pangkat, jawatan dan kuasa, namun ada juga yang berkawan kerana menjaga silaturahim.

Namun, dalam kalangan kawan yang ada di sekeliling kita, pasti ada seorang dua yang berperangai toksik.

Manusia toksik ada macam-macam perangai. Paling jelas manusia seperti ini adalah mereka yang tidak suka melihat kegembiraan atau kesena­ngan orang lain.

Manusia toksik ini juga kurang bercakap, tetapi suka menulis dan mengkritik di media sosial. Setiap komen atau status yang dimuat naik semuanya semata-mata ingin menyalahkan orang lain.

Perangai mengkritik tidak hanya dilakukan oleh anak-anak muda yang bersikap agresif, tetapi turut berjangkit kepada generasi berusia yang selayaknya berbicara sopan dan lembut tutur katanya.

Bagi kita sebagai manusia yang bertamadun, abaikan sahaja manusia-manusia toksik yang ingin meraih populariti apalagi simpati.

Mereka mungkin lupa bahawa apa yang ditulis di media sosial itu sebenarnya telah membuatkan banyak hati yang telah disakiti tanpa sedar.

RIDUAN
Melaka

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI