fbpx
Ibu bapa perlu memberi sokongan kepada anak-anak lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian biarpun tawaran belajar yang diterima tidak memenuhi pilihan masing-masing. — GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Lain dimohon pelajar SPM lain yang dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Setiap kali keputusan permohonan melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, media sosial dipenuhi pelbagai luahan kecewa daripada ibu bapa.

Ada yang sedih kerana anak tidak mendapat tempat dalam kursus pilihan, malah tidak kurang juga yang mempersoalkan sistem pemilihan sehingga menyalahkan pelbagai pihak.

Sebagai ibu bapa, perasaan kecewa itu memang sukar dielakkan. Kita tentu mengimpikan anak berjaya mengikuti pengajian dalam bidang yang dianggap terbaik, sama ada perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan atau program popular di institusi pengajian tinggi awam.

Namun, dalam kesedihan tersebut, ibu bapa perlu berhenti seketika daripada terus melihat tawaran lain sebagai satu kegagalan.

Hakikatnya, ribuan pelajar setiap tahun memulakan perjalanan akademik bukan melalui laluan yang mereka impikan pada awalnya, tetapi akhirnya berjaya membina kerjaya yang cemerlang.

Ibu bapa juga perlu memahami bahawa keputusan peperiksaan yang baik tidak semestinya menjamin tempat dalam program pilihan kerana persaingan yang terlalu tinggi.

Jumlah tempat adalah terhad, manakala bilangan calon yang layak pula semakin meningkat setiap tahun. Ia bukan bererti anak gagal atau tidak cukup bijak.

Apa yang lebih penting ialah sokongan moral daripada keluarga. Elakkan daripada membandingkan anak dengan saudara-mara atau rakan sebaya yang berjaya memperoleh tawaran lebih hebat.

Percayalah, anak-anak ini sebenarnya sedang belajar menerima bahawa kehidupan tidak sentiasa mengikut perancangan.

Dengan dorongan dan kepercayaan daripada ibu bapa, mereka akan lebih yakin untuk meneroka peluang baharu, menyesuaikan diri dan membuktikan kemampuan dalam bidang yang diceburi.

Bapa Cemerlang,
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN