fbpx

Segera tubuh jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat persekutuan untuk membuat kajian tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang lslam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Gesaan itu dibuat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) termasuk pindaan terhadap Perlembgaan Persekutuan dan Akta 355 berkaitan bidang kuasa jenayah syariah negeri.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini adalah selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi MajlisKebangsaan Bagi Hal Ehwal lslam Malaysia (MKl) sempena Mesyuarat MKI Kali ke-70 baru-baru ini.

“MAIS sentiasa komited untuk memperkasakan perundangan Islam di Selangor. Juster, MAIS menyatakan komitmen dan mengharapkan Kerajaan Persekutuan agar melibatkan Majlis Agama Islam Negeri termasuk MAIS untuk bersama-sama dengan jawatankuasa khas yang dibentuk.

“Penubuhannya itu penting untuk memastikan tindakan menyeluruh dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berhubung dengan kompetensi badan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang lslam demi menjaga kedudukan agama lslam sebagai agama persekutuan dan agama negeri,” katanya di sini hari ini.

Abdul Aziz turut menegaskan, MAIS turut menzahirkan kebimbangan berhubung gerakan pihak tertentu yang secara halus cuba menjejaskan kedudukan agama lslam sebagai agama negeri dan agama persekutuan melalui proses litigasi mahkamah.

Ujar beliau, ini termasuk mempertikai bidang kuasa negeri dalam menggubal peruntukan undang-undang Islam yang telah diamalkan dan dikuatkuasakan di negeri-negeri di Malaysia sebelum pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

“MAIS menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan perkara berkaitan pentadbiran keadilan berhubung permohonan kes Nik Elin dalam membatalkan 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

“Namun, MAIS berpendirian bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mengelak pertikaian seperti kes lki Putra dan Nik Elin ini berlaku lagi pada masa akan datang. Ini kerana pertikaian seperti ini hanya akan menjejaskan kuasa negeri berhubung dengan agama lslam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI