fbpx

Tiada apa yang harus dimalukan – Yusri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRI memaklumkan barisan pemainnya bahawa tiada apa yang mahu dimalukan dengan kekalahan besar apabila menentang pasukan berkualiti seperti JDT.

PENGENDALI Perak FC, Yusry Che Lah akui kecewa dengan keputusan 1-8 yang dilakar pasukannya menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin, namun bukan rasa malu.

Menurut beliau, anak buahnya telah bekerja keras dan melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu, jadi tidak adil untuk me­nyalahkan mereka semata-mata.

“Rasa kecewa itu sudah pasti, tiada mana-mana pasukan yang hadir perlawanan bola sepak mahu dibolosi sehingga lapan gol. Sudah tentu kita juga tidak mahu situasi seperti itu dan sebenarnya tidak terbayangkan keputusan itu.

“Namun begitu, kita tidak seharusnya merasa malu dengan keputusan ini, sebaliknya perlu akui perbezaan antara kedua-dua pasukan. Ternyata JDT adalah pasukan lebih baik dengan pemain-pemain yang lebih bijak dan berkualiti.

“Kita sudah turunkan barisan pemain terbaik yang ada, tetapi semua orang tahu kekuatan dan kelebihan JDT apatah lagi bermain di laman mereka sendiri. Pemain usah malu, saya pikul tanggungjawab sepenuhnya dan akan bawa mereka untuk terus pandang ke depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Tambah Yusry, pihaknya tidak menolak faktor pemainnya terlalu menghormati dan memandang tinggi pemain-pemain JDT yang dilihat berada pada satu tahap berbeza berbanding mereka sendiri.

“Semua perlu ambil iktibar dengan keputusan ini, ia adalah pengalaman berguna buat semua pihak, jadi jangan terlalu bersedih kerana kita perlu lakukan persiapan berdepan perlawanan seterusnya. Insya-Allah Perak akan bangkit kembali.

“Saya tidak risau dengan apa yang berlaku sebaliknya kita akan belajar dan lihat penambahbaikan yang harus dibuat dengan serta merta, pemain juga dapat lihat dimana kedudukan mereka ketika ini,” ujarnya.

Yusry turut menambah, pemainnya bermain dengan baik dalam tempoh 10 minit pertama dengan aksi kelihatan seimbang di mana kedua-dua pasukan mengatur gerakan termasuk beberapa percubaan dihasilkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI