fbpx

Misi buru quadruple berganda buat JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain JDT meraikan jaringan Syafiq Ahmad (kiri) ketika JDT menewaskan Perak FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin. - RAJA JAAFAR ALI

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) beroleh suntikan semangat menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Perak FC dengan agregat 12-2 selepas perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Ketua jurulatih JDT, Esteban Solari berkata, pihaknya melihat kemenangan itu sebagai penting dalam usaha kelab menjulang piala paling berprestij berkenaan.

“Lawan akhir antara Terengganu atau KL City, saya tidak mahu buat pilihan kerana mana-mana pasukan yang beraksi di pentas akhir adalah berbahaya.

“Sebaliknya lebih penting adalah kami fokus dengan persiapan bagi aksi itu. Kami mahu menang piala, jadi ini satu misi penting ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Mengulas saingan separuh akhir menentang skuad The Bos Gaurus itu, beliau memuji persembahan pemain-pemain pelawat yang bertandang ke kubu kuat Harimau Selatan itu.

“Tahniah kepada Perak kerana layak ke peringkat separuh akhir, mereka bermain dengan baik dan mencuba, itu lebih penting dan saya hargai perkara itu.

“Tetapi pada masa sama, saya tahu memang sukar lawan JDT di laman kami sendiri, pada minit-minit awal permainan agak seimbang antara kedua-dua pasukan.

“Perkara itu sudah dijangka dan akhirnya saya gembira ­dengan pemain-pemain kami yang menunjukkan prestasi dan standard tinggi apabila mereka tidak henti-henti mengejar bola dan mengatur serangan demi serangan.

“Semua pihak sama ada penyerang, tengah dan pertahanan bermain dengan baik dan sentiasa berada dalam kawalan sepanjang permainan, saya gembira dengan keputusan itu kecuali gol saat akhir oleh Perak.

“Kita telah lakukan dengan baik sepanjang 90 minit perlawanan, jadi jaringan Perak kira-kira 10 saat sebelum permainan ditamatkan agak mengecewakan saya. Tetapi apapun kita sudah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia,” jelasnya.

Pada aksi itu, JDT berjaya menewaskan skuad The Bos Gaurus dengan keputusan 8-1, menjadikan agregat keseluruhan seba­nyak 12-2.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI