fbpx

Kota Bharu, Bachok paling tinggi kes pembakaran terbuka di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Beris Lalang, Bachok baru-baru ini. Foto oleh TOREK SULONG/ KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menerima peningkatan laporan melibatkan pembakaran terbuka dalam tempoh 10 bulan tahun ini berbanding sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata, pihaknya menerima sebanyak 105 aduan pembakaran terbuka pada tahun ini dan 75 aduan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, aduan paling banyak diterima melibatkan kejadian pencemaran udara itu adalah di Kota Bharu, Bachok diikuti Pasir Mas.

“Pembakaran terbuka berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah dan tanah gambut. Ia berpunca daripada sikap penduduk semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.

“Peningkatan kes pembakaran dikesan berlaku semasa musim kemarau,” katanya kepada pemberita selepas Program Cakno Pembakaran Terbuka di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Aminordin memberitahu, pihaknya turut menerima sebanyak 137 aduan melibatkan pencemaran lain seperti habuk, pelepasan kilang asap, asap kenderaan, habuk, debu dan air kumbahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI