fbpx

Para atlet negara perlu diperjelaskan isu cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mencadangkan Majlis Sukan Negara (MSN) bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memberi kesedaran kepada barisan atlet negara berhubung isu cukai pendapatan. Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, masih ada sebahagian besar atlet yang kurang arif dan tidak tahu mengenai jenis pendapatan mana yang dikenakan cukai ataupun tidak. Justeru, beliau percaya kerja­sama antara MSN dan LHDN dapat membantu atlet-atlet negara menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, sekali gus mengelak sebarang isu timbul pada masa hadapan. “Saya tidak salahkan atlet (tidak bayar cukai) kerana kita lihat mereka sebagai pejuang negara. Sekiranya tidak bayar, mungkin ada sebab, iaitu dari segi kesedaran dan saya cadang­kan untuk bagi kesedaran ke­pada atlet-atlet. “Kadang-kadang untuk cukai ini ada benda yang kita boleh dapat pengecualian sehingga cukai bersih menjadi lebih rendah. MSN bersama LHDN perlu panggil atlet dan beri kesedaran mengenai apa pendapatan yang dicukai ataupun tidak,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelantikan Beregu Lelaki Negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun Sebagai Duta NCT Alliance dan pelancaran Kejohanan Badminton Junior NCT 2024 di Kuala Lumpur semalam. Terdahulu, arena sukan negara dikejutkan dengan laporan yang mendakwa ada individu dalam komuniti sukan gagal melunaskan cukai sehingga menyebabkan berlaku 243 kes tunggakan cukai melibatkan kerugian mencecah RM15.837 juta. Sementara itu, Mohamad Norza­ menganggap sebahagian besar atlet negara tidak tahu mengenai perkara tersebut memandangkan mereka ada membuat simpanan bagi memastikan kehidupan lebih baik di masa hadapan.

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mencadangkan Majlis Sukan Negara (MSN) bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memberi kesedaran kepada barisan atlet negara berhubung isu cukai pendapatan.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, masih ada sebahagian besar atlet yang kurang arif dan tidak tahu mengenai jenis pendapatan mana yang dikenakan cukai ataupun tidak.

Justeru, beliau percaya kerja­sama antara MSN dan LHDN dapat membantu atlet-atlet negara menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, sekali gus mengelak sebarang isu timbul pada masa hadapan.

“Saya tidak salahkan atlet (tidak bayar cukai) kerana kita lihat mereka sebagai pejuang negara. Sekiranya tidak bayar, mungkin ada sebab, iaitu dari segi kesedaran dan saya cadang­kan untuk bagi kesedaran ke­pada atlet-atlet.

“Kadang-kadang untuk cukai ini ada benda yang kita boleh dapat pengecualian sehingga cukai bersih menjadi lebih rendah. MSN bersama LHDN perlu panggil atlet dan beri kesedaran mengenai apa pendapatan yang dicukai ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelantikan Beregu Lelaki Negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun Sebagai Duta NCT Alliance dan pelancaran Kejohanan Badminton Junior NCT 2024 di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, arena sukan negara dikejutkan dengan laporan yang mendakwa ada individu dalam komuniti sukan gagal melunaskan cukai sehingga menyebabkan berlaku 243 kes tunggakan cukai melibatkan kerugian mencecah RM15.837 juta.

Sementara itu, Mohamad Norza­ menganggap sebahagian besar atlet negara tidak tahu mengenai perkara tersebut memandangkan mereka ada membuat simpanan bagi memastikan kehidupan lebih baik di masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI