fbpx

49 pelajar SJKC, SMJKC Convent Dato Keramat keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SJKC Convent Datuk Keramat

GEORGE TOWN – Seramai 49 pelajar iaitu 21 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Convent Dato Keramat dan 28 pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Convent Dato Keramat mengalami gejala keracunan makanan.

Pengerusi Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah menerima dua notifikasi kes keracunan makanan daripada Hospital swasta di Pulau Pinang melibatkan pelajar sekolah berkenaan semalam.

“Siasatan telah dilakukan ke atas dua kes terbabit dan mendapati pelajar di kedua-dua sekolah SJKC dan SMJKC menggunakan kantin yang sama. Jumlah terdedah seramai 903 orang dan jumlah yang mengalami gejala keracunan makanan adalah seramai 49 orang iaitu 21 kes dari SJKC dan 28 kes dari SMJKC,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, punca keracunan disyaki berpunca daripada nasi lemak namun ia masih dalam siasatan dan terdapat tiga kes dimasukkan ke hospital dan telah discaj dari hospital semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI