fbpx

Suami gagal langsai hutang, isteri yang diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keempat-empat suspek ditahan polis semalam. - Polis Rokan Hilir

JAKARTA, Indonesia – Polis Rokan Hilir di wilayah Riau menahan empat suspek yang menculik seorang wanita selepas suaminya gagal melangsaikan hutang, lapor laman berita Kompas. 

Ketua Polis Daerah Rokan Hilir, Andrian Pramudianto mengesahkan bahawa keempat-empat suspek merupakan pengutip hutang.

Suspek terdiri daripada tiga lelaki bernama MP (43), HT (33), RK (30), manakala seorang lagi suri rumah iaitu PH (54).

“Ada seorang lagi suspek dalam senarai dikehendaki bernama DH, 46, yang merupakan penjawat awam di Rokan Hilir,” jelas Andrian semalam. 

Tambahnya, mangsa yang bernama Maya Ramasari, 35, diculik pada 17 Oktober lalu sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan).

Ketika kejadian, keempat-empat suspek menaiki sebuah kereta dan dua motosikal untuk mencari suami mangsa, Sumilan. Setibanya di rumah mangsa, Sumilan tiada di rumah.

“Supek kemudian merancang untuk menculik isteri Sumilan, Maya” kata Andrian.

Mereka kemudian memancing Maya untuk datang ke sebuah kedai buah-buahan. Mangsa diserang hendap sebelum dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke sebuah rumah. 

“Suspek mengurung mangsa di dalam bilik. Tingkap bilik dihadang dan pintunya dikunci,” jelas Andrian.

Suami mangsa yang mengetahui kejadian itu segera melaporkannya kepada Polis Bagan Sinembah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI