fbpx

Pantau rumah ibadat di lereng bukit, gua atas faktor keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivanesan (kiri) melawat tapak pameran Runtuhan Gunung Cheroh pada Majlis Perasmian Pengkisahan Sejarah Runtuhan Gunung Cheroh 50 tahun Dalam Ingatan di Gunung Cheroh, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Perak akan memantau pembukaan tempat ibadat bukan Islam di negeri ini khususnya di kawasan lereng bukit dan gua.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, langkah itu dibuat menerusi sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau bersama Pejabat Tanah dan Galian negeri.

Katanya, usaha itu dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dengan mengambil iktibar kes-kes bencana alam yang melibatkan kawasan berbukit.

“Tidak boleh membina atau membuka apa-apa tempat beribadat bukan Islam. Bukan sahaja di gua, tetapi juga di mana-mana tempat di Perak tanpa kebenaran daripada jawatankuasa ini.

“Kita susun semua tempat ibadat bukan Islam. Kita hendak pastikan bahawa ciri-ciri keselamatan khasnya di gua ini terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengkisahan Sejarah Runtuhan Gunung Cheroh – 50 tahun Dalam Ingatan di sini hari ini.

Kata Sivanesan lagi, ketika ini pihaknya mengenalpasti sebanyak 14 buah tokong atau rumah ibadat di negeri itu yang belum mendapat pengiktirafan keselamatan.

“Kita dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan. Kita sedang menunggu laporan keselamatan. Selepas kita dapat laporan keselamatan, ciri-ciri keselamatan diatasi, maka kita akan bagi pengiktirafan,” tambahnya.

Dalam program dihadirinya, Sivanesan melahirkan rasa simpati atas tragedi tersebut yang berlaku pada 18 Oktober 1973 dengan meragut 40 nyawa serta melenyapkan 20 buah rumah.

Gunung Cheroh terletak di Jalan Raja Musa Aziz berhadapan Taman Dr Seenivasagam di sini. Mangsa yang terselamat dalam kejadian itu kemudian dipindahkan ke Perkampungan Kacang Puteh di Buntong kira-kira tujuh kilometer dari tempat runtuhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI