fbpx
ANGGOTA bomba melakukan kerja menurunkan mangsa menggunakan pengusung dan tali penyelamat selepas mangsa sesak nafas dan pengsan ketika mendaki Gunung Lambak di Kluang hari ini.

Maut ketika panjat Gunung Lambak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas sesak nafas dan pengsan ketika dalam perjalanan turun selepas mendaki Gunung Lambak tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan Mohd Ridzuan Mohd Zait berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1.28 tengah hari sebelum 11 anggota dikejarkan untuk membawa turun mangsa.

Katanya, mangsa, Muhamad Nur Hakimi Mohd Harid, 32, ditemui pada jarak kira-kira 2,300 meter dari kaki gunung sebelum kerja-kerja membawa turun mangsa dilakukan menggunakan pengusung dan tali penyelamat.
“Sebaik tiba di kaki gunung, pemeriksaan oleh pihak ambulans mendapati mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN