fbpx
Seorang penduduk membasuh kesan darah di atas jalan raya selepas penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh dekat Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

Wanita mati ditikam 61 kali pakai rantai nama ‘Syaa’ berasal dari Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis mengesahkan remaja perempuan yang dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam tadi berasal dari Perak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, semakan cap jari dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara mendapati mangsa berusia 19 tahun.

“Mangsa berasal dari Perak dan berusia 19 tahun,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan mengenai penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dengan kesan tikaman di badan sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh.

Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati terdapat sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa. Mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah.

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan termasuk motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN