fbpx
Raja Zarith Sofiah berkenan menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Psikologi daripada University of Reading dalam satu istiadat di Johor Bahru, hari ini.

Raja Permaisuri Agong berkenan terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Psikologi daripada Universiti Reading Malaysia, hari ini.

Penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Psikologi kepada Raja Permaisuri Agong dipersembahkan oleh Canselor University of Reading, Paul Lindley OBE sebagai pengiktirafan kepada Seri Paduka Baginda yang memberi komitmen tanpa lelah kepada sektor pendidikan dan khidmat untuk masyarakat.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Muhammad Naqib Md. Ghazali.

Sepanjang melaksanakan tugas diraja, Raja Zarith Sofiah memperjuangkan peluang pendidikan, kecelikan, penguasaan bahasa, dan pemerkasaan orang muda.

Inisiatif naungan Seri Paduka Baginda seperti Bangsa Johor Bahagia telah menyatukan kepakaran pihak universiti dan keperluan masyarakat B40 sekali gus menambah baik peluang masa hadapan bagi golongan yang kurang berkemampuan.

“Saya berterima kasih kepada University of Reading atas pengiktirafan ini, yang saya terima dengan kesyukuran dan rasa hormat kepada institusi yang telah banyak menyumbang kepada pendidikan, penyelidikan serta pertumbuhan generasi masa hadapan,” titah Raja Permaisuri Agong.

Pada masa sama, Raja Permaisuri Agong bertitah bahawa universiti perlu memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu dan latihan teknikal, tetapi juga memupuk perwatakan dan nilai murni.

Memetik Allahyarham Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, titah Seri Paduka Baginda, tujuan pendidikan bukan sekadar untuk membentuk individu yang berpengetahuan dan boleh bekerja, tetapi juga melahirkan insan bernilai murni.

“Prinsip ini amatlah relevan pada masa kini. Kemajuan dalam mana-mana masyarakat bukan dicapai dengan kejayaan intelek semata-mata, tetapi dengan empati, belas ihsan dan rasa ambil berat yang mendalam demi kesejahteraan semua.

“Saya percaya pendidikan bukan sahaja mengembangkan ilmu pengetahuan, tetapi juga membuka hati untuk memahami perspektif serta pendapat yang berbeza dan mengingatkan kita tentang kemanusiaan bersama,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN