fbpx
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Raja Permaisuri Agong ke Turkiye, hadiri majlis penamaan kapal TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye untuk menghadiri lawatan khas bermula hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut diiringi Paduka Anakanda.

Ia termasuk, Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9 pagi.

Pada lawatan ini, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN