fbpx

15 peratus projek perumahan kategori sakit, terbengkalai seluruh negara – KPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL NASRULLAH melakukan gimik perasmian dengan meletakkan cecair merah ke dalam bekas berbentuk hati sempena Program Inisiatif Komuniti PPR SSBM di PPR Desa Mutiara, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kira-kira 15 peratus daripada projek perumahan swasta yang sedang dibangunkan di seluruh negara ketika ini berada dalam kategori projek sakit atau terbengkalai.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, tafsirannya adalah projek berkenaan telah lewat siap berbanding tarikh asal ditetapkan.

Menurut beliau, sesuatu projek perumahan dikategorikan sakit atau terbengkalai selepas lewat siap 24 bulan bagi projek ‘landed’, manakala lewat 36 bulan bagi projek perumahan bertingkat tinggi.

“Jika dilihat statistik sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 481 projek dikategorikan sakit manakala 112 projek dikategorikan terbengkalai. Tetapi dalam masa sama jawatankuasa khas ditubuhkan KPKT telah berjaya selesaikan lebih 200 projek sedemikian, tahun ini.

“Ketika ini, jumlah projek sakit dan terbengkalai mencecah 15 peratus daripada keseluruhan projek yang sedang dibangunkan di seluruh negara. KPKT akan teliti statistik tahun ini untuk membuat unjuran lebih komprehensif bagi mengurangkan peratusan itu.

“Ini bermakna, dalam masa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited selesaikan projek sakit dan terbengkalai yang wujud dahulu, kita juga tidak mahu projek baharu jatuh dalam kategori berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Inisiatif Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Sifar Sisa Bersamamu Madani (SSBM) yang diadakan di PPR Desa Mutiara, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI