fbpx

[VIDEO] Konstabel polis gaji RM1,441 kategori miskin bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

PETALING JAYA – Anggota baharu yang direkrut dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikategorikan sebagai golongan B40 berikutan gaji permulaan mereka adalah sebanyak RM1,441 sahaja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, pendapatan itu sangat menyedihkan ditambah pula dengan kos sara hidup sekiranya mereka tinggal di pertengahan bandar.

“Semua konstabel secara automatik berada di bawah kategori B40, miskin. Jadi, kita mempunyai barisan anggota yang miskin.

“Apabila mereka masuk tandatangan sebagai rekrut konstabel gaji mereka RM1,441, selepas tamat latihan keluar rekrut konstabel mereka dapat gaji bersama elaun sebanyak RM1,800 dan gaji bersih adalah RM1,500.

“Dengan RM1,500 bolehkah hidup di Kuala Lumpur? Itu tidak campur mereka yang sakit, anak sakit, anak istimewa (OKU) sehingga menyebabkan mereka ini berfikiran serabut,” katanya dalam Majlis Amanat Pengarah JSJ di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Mohd. Shuhaily menggesa ketua agar cakna dengan keadaan, kedudukan anak buah serta bersikap adil terhadap anggota mereka.

“Ada anggota pangkat sarjan datang jumpa saya ingin menolak kenaikan pangkatnya disebabkan isteri lumpuh serta dua anaknya mengalami penyakit ‘Cerebral Palsy’.

“Setiap pagi dia kena angkat mereka untuk bersihkan, pakaikan baju dan siapkan keperluan sebelum kerja. Isteri masak nasi lemak untuk dijual di tempat kerja.

“Elaun keluar untuk kerja adalah untuk pembiayaan perubatan dan dia juga ada masa untuk anak-anak jika tidak ditukarkan tempat bertugas,”ceritanya.

Susulan perkara itu, pangkat anggota berkenaan dinaikkan dan tempat bertugas tidak ditukarkan kerana atas alasan munasabah yang diberikan.

“Tuan-tuan di sini (JSJ) ditempatkan dengan penuh kasih sayang, penuh rasa hormat supaya tuan-tuan dapat melaksanakan dan memudahkan tugas. Saya tengok kejayaan yang jauh berjaya daripada saya, dikecapi oleh seorang anggota. Apakah kejayaan itu? Kejayaannya adalah dia sihat, anak berjaya dan keluarga bahagia.

“Pada akhirnya, kita perlu berubah dan menuju ke arah kejayaan seperti itu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

@cidrmp 𝑷𝑨𝑹𝑻 2 𝑨𝑴𝑨𝑵𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑺𝑰𝑨𝑺𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑱𝑬𝑵𝑨𝒀𝑨𝑯 : 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑩𝑨𝑱𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑼𝑨𝑻 𝑺𝑬𝑴𝑼𝑨 𝑷𝑬𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 𝑷𝑫𝑹𝑴 Video pertama Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah pun tular dan mendapat sambutan yang luar biasa oleh warga netizen. Sila ikuti dan hanyati “𝗣𝗮𝗿𝘁 𝟮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 : 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗗𝗥𝗠” Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada pihak Universiti Sains Malaysia kerana menyediakan fasiliti dan terima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Pulau Pinang kerana telah menguruskan serta menjayakan Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen & Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah semalaysia. Sila “follow” dan “like” Media Sosial Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk mendapat info-info terkini dan sahih di link berikut : 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 : 𝗰𝗶𝗱𝗿𝗺𝗽 https://www.facebook.com/cidrmp/ 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸 : 𝗰𝗶𝗱𝗿𝗺𝗽 https://www.tiktok.com/@cidrmp?lang=en 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 : 𝗰𝗶𝗱_𝗿𝗺𝗽 https://www.instagram.com/cid_rmp/ #POLISDIRAJAMALAYSIA #RoyalMalaysiaPolice #JabatanSiasatanJenayah #PengarahJSJ #CIDRMP #USM #AMANATPJSJ ♬ original sound – CID_RMP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI