fbpx

Alif Satar timba ilmu dengan lagenda Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGALAMAN berguru dengan pemain legenda Manchester United, Wes Brown dan Paul Aaron Scholes cukup berharga buat Alif Satar.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mendedahkan pernah terpilih menyertai kem latihan ‘soccer shcool’ di bawah bimbangan kelab bola sepak terkemuka England, Manchested United sekitar 2000 hingga 2001.

Menerusi Instagram, Alif memuat naik sijil penyertaan program tersebut sekali gus membuktikan dirinya antara lebih 70 pelajar Malaysia yang terpilih mengikuti sesi latihan itu bagi kategori bawah 12 tahun.

“Mama dan ayah setiap minggu hantar masuk latihan bola sepak. Ketika itu namanya Kelab Bola Sri Rampai.

“Saya menyertai pemilihan 12 tahun ke bawah dan pemain terbaik Malaysia terpilih untuk berlatih dengan  Manchester United.

“Saya antara lebih 70 kanak-kanak yang terpilih. Hebatkan?,” katanya mengenang memori lalu.

Dalam masa sama, penyanyi Jangan Nakal itu menceritakan detik manis berguru dengan pemain bola sepak legenda Manchester United iaitu Wes Brown dan Paul Aaron Scholes.

“Antara momen paling menyeronokkan, saya dapat belajar menanduk dengan Wes Brown dan menendang bola dengan Scholes.

“Cuma ketika itu tiada kamera pada telefon untuk tangkap gambar macam sekarang,” ujarnya lagi.

Alif, 33, mengakui pernah memasang impian bergelar ahli sukan sewaktu kecil kerana mempunyai minat mendalam lebih-lebih lagi terhadap bola sepak.

“Masa kecil memang cita-cita mahu jadi ahli sukan. Taekwondo, silat, renang dan merentas desa semua saya masuk.

“Namun, bola sepak macam istimewa sikit bagi saya. Saya boleh dikatakan bagus dalam sukan tersebut.

“Saya boleh lari tanpa berhenti dan cara bagi bola tahap saya bawah sikit daripada Beckham,” seloroh bekas peserta One In A Million itu.

Menerusi perkongsian gambar sijil yang ditandatangani bekas jurulatih Manchester United, Sir Alex Ferguson dan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Dell Akbar Khan itu, dapat dilihat Alif berjaya menamatkan lima siri latihan iaitu ‘shooting gallery’, ‘midfield dynamo’, ‘split the defence’, ‘legends united’ dan ‘wizards on the wings’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI