fbpx
DIANA percaya pendekatan ibu bapa perlu berubah mengikut peningkatan usia anak-anak agar hubungan kekal erat dan saling memahami.

‘Perlu kembali membaca, perbaiki diri, anak dah remaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle mengakui cabaran membesarkan anak-anak semakin berbeza apabila kedua-duanya kini memasuki fasa remaja sehingga mendorong dirinya kembali mendalami ilmu keibubapaan.

Ujar Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, pendekatan sebagai ibu juga perlu berubah mengikut peningkatan usia anak-anak agar hubungan kekal erat dan saling memahami.

“Seorang dah remaja. Seorang lagi tinggal setahun dua sahaja lagi sebelum melangkah ke alam remaja.

“Cara mendidik anak pun kena seiring dengan umur mereka,” katanya dalam Threads.

Tambah bintang filem Imaginur itu, sudah tiba masanya untuk memperbaiki diri dengan menambah ilmu menerusi pembacaan kerana setiap fasa perkembangan anak membawa cabaran tersendiri.

“Saya rasa saya perlu kembali membaca buku dan memperbaiki diri pada masa sama.

“Memang lain, setiap fasa ada cabarannya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai ibu bapa yang senada dengan pengalaman dilalui Diana, terutama apabila anak mula meningkat remaja.

“Betul tu, bila anak dah remaja, ibu bapa pula kena tingkatkan ilmu. Tantrum mereka pun dah sangat berbeza. Sejujurnya, ruang bersama mereka juga semakin terhad sekarang.

“Lalui sahaja proses itu. Sentiasa jadi tempat mereka bersandar. Kata-kata mereka bukan serangan peribadi walaupun kedengaran begitu. Selalunya itu cuma cara mereka menyembunyikan masalah lain.

“Saya faham sangat D. Saya pun sedang melalui fasa itu. Memang banyak sangat kesabaran diperlukan,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 13, serta Nur Aurora, 11.

Pasangan itu pernah bercerai secara dalam talian pada 10 Ogos 2023 sebelum kembali rujuk, namun berpisah buat kali kedua dengan talak satu pada 23 Mac 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN