fbpx

ADUN BN, PH buat aku janji sokong kepimpinan Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY pada sidang akhbar selepas melawat program Jualan Makmur Pahang di Dewan Serbaguna Kampung Chemomoi di Bentong hari ini.

BENTONG – Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah membuat aku janji menyatakan sokongan padu kepada kerajaan negeri Pahang dibawah kepimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Aku janji berkenaan dibuat susulan poster yang tular dalam media sosial mendakwa empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN akan melompat parti sekiranya calon Perikatan Nasional (PN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Wan Rosdy berkata, beliau mendapat mesej daripada semua wakil rakyat BN dan PH yang menyatakan sokongan padu kepadanya hari ini susulan isu yang viral berkenaan.

“Diorang (ADUN BN) sendiri buat kenyataan tanpa bincang saya sebab diorang tahu bahawa pihak yang memainkan isu ini supaya pemikiran rakyat menjadi goyang dan mengalih sokongan walhal ini tidak benar.

“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada semua ADUN BN dan PH yang secara spontan pada hari ini tanpa pengetahuan saya pun menyatakan dan menyuarakan sokongan mereka kepada kepimpinan saya,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis pada Jualan Makmur Pahang di Dewan Serbaguna Kampung Chemomoi di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan poster yang tular dalam media sosial memaparkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal diisytiharkan sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya PN menang dalam PRK DUN Pelangai.

Difahamkan juga terdapat khabar angin menyatakan sekiranya PN menang di Pelangai terdapat empat wakil rakyat daripada BN akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri yang diterajui PN.

Menurutnya dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah yang berniat jahat bagi mempengaruhi sokongan pengundi.

Justeru katanya ini adalah salah satu bukti fitnah yang dimainkan pembangkang kepada kerajaan perpaduan hari ini

“Mereka mereka buat apa sahaja untuk bercakap perkara yang menimbulkan persepsi dan sentimen kepada rakyat supaya mengubah fikiran mereka,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI