fbpx
AHMAD ZAHID bersama Onn Hafiz serta barisan kepimpinan Barisan Nasional membuat gimik Pelancaran lagu BN pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor sempena PRN ke-16 di Stadiuam Tertutup Kompleks Educity, Iskandar Puteri hari ini.

PRN Johor: Senarai calon BN dimuktamad dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pembahagian kerusi BN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Presiden UMNO itu berkata, senarai calon sehingga kini masih belum diserahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengerusi BN Johor kepadanya.

“Kita akan memuktamadkan dalam waktu yang tidak begitu lama dari sekarang. Pembahagian kerusi kita hampir memuktamadkan dan calon daripada parti-parti komponen BN, saya akan berunding semasa saya ada di Johor ini,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Stadium Tertutup Kompleks Educity di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri Dr SA Vigneswaran dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Terdahulu ketika berucap, Ahmad Zahid berkata, BN menyifatkan PRN Johor sebagai medan kebangkitan semula parti itu apabila kemenangan di negeri berkenaan bakal menjadi pemangkin kepada kembalinya gelombang biru di seluruh negara.

Johor katanya, perlu menjadi titik permulaan kepada usaha mengukuhkan semula pengaruh parti itu di peringkat nasional sekali gus membuktikan BN masih menjadi sandaran utama rakyat dalam menjamin kestabilan politik dan pembangunan negara.

“PRN Johor adalah tapak penentuan yang sebenar. Dari Johor kita susun kekuatan, dari Johor kita nyalakan semula obor perjuangan dan dari Johor kita buktikan bahawa gelombang biru kembali semula.

“Kita mahu menghantar isyarat jelas kepada seluruh negara bahawa BN masih relevan, masih kukuh dan terus menjadi sandaran rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN